Terma Dan Syarat
Baca terma & syarat tempahan kalendar supaya proses anda berjalan lancar dari design hingga penghantaran.
1. Design & Printing
-
Hanya bahagian header kalendar boleh diubah atau custom design.
-
Bahagian content kalendar kuda dan kalendar Islamic menggunakan template ready-made yang telah ditetapkan.
-
Hasil cetakan mungkin terdapat sedikit perbezaan warna berbanding paparan skrin kerana perbezaan mode warna (RGB vs CMYK).
2. Harga
-
Minimum tempahan (MOQ) ialah 50 unit.
-
Semua harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
-
Senarai harga hanya sah untuk satu design bagi setiap tempahan.
3. Pembayaran & Deposit
-
Untuk self-collect, pelanggan boleh membuat bayaran deposit 60% dan baki dibayar semasa pengambilan.
-
Untuk tempahan dengan penghantaran, bayaran penuh (100%) perlu dijelaskan sebelum proses printing dimulakan.
-
Semua pembayaran mestilah dibuat ke akaun syarikat seperti dinyatakan dalam invoice rasmi:
Thrive Impact Resources (003550833-X).
4. Pengesahan Design
-
Mockup / artwork akan dihantar kepada pelanggan untuk pengesahan sebelum proses printing.
-
Syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kesalahan ejaan, maklumat, atau design setelah artwork disahkan oleh pelanggan.
5. Proses Printing
-
Tempoh printing mengambil masa 8 – 14 hari bekerja selepas pengesahan design (bergantung kepada kuantiti tempahan).
-
Pelanggan digalakkan untuk merancang tempahan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan, terutamanya pada musim puncak (contoh: hujung tahun).
6. Penghantaran & Pengambilan
-
Penghantaran adalah percuma ke Semenanjung Malaysia menggunakan kurier lantikan kami.
-
Untuk kawasan Lembah Klang (radius 30km dari Kajang), penghantaran menggunakan Lalamove.
-
Pelanggan juga boleh memilih untuk collect sendiri di Kajang, Selangor.
-
Untuk tempahan ke Sabah & Sarawak, caj tambahan akan dikenakan. Pelanggan diminta menghubungi pihak kami untuk pengiraan kos penghantaran.
7. Pembatalan
-
Pembatalan hanya dibenarkan sebelum proses design dimulakan.
-
Setelah design dimulakan atau disahkan, sebarang pembatalan tidak akan dilayan dan deposit tidak akan dipulangkan.
8. Lain-lain
-
Pihak syarikat berhak mengubah suai harga, syarat, dan polisi dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
-
Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma & syarat ini.
Kalendarkuda.com.my
Diuruskan oleh Thrive Impact Resources (003550833-X).
Kami menawarkan servis printing kalendar kuda & Islamic 2026 dengan penghantaran ke seluruh Malaysia
Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor
0103018141 - Whatsapp Only
thriveimpactresources@gmail.com
Info
Follow Us
Ikuti kami di Facebook & Instagram @calendarprinting untuk update terkini.
Produk Kami
Copyright © 2025 Thrive Impact Resources 003550833-X. All Rights Reserved