Privasi Polisi

Polisi ini menerangkan bagaimana laman web kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda.

Dasar Kerahsiaan Pelanggan

1. Pengenalan
Kalendarkuda.com.my, diuruskan oleh Thrive Impact Resources (003550833-X), menghormati privasi anda. Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat anda apabila anda melawat atau menggunakan laman web kami.

2. Maklumat Yang Dikumpul
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut:

  • Nama, alamat emel, nombor telefon, dan alamat penghantaran anda.
  • Maklumat pesanan, termasuk jenis kalendar, kuantiti, dan design yang dihantar.
  • Maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, dan halaman yang dikunjungi di laman web kami.

3. Tujuan Penggunaan Maklumat
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk:

  • Memproses tempahan dan menghantar produk kepada anda.
  • Memberi maklumat, promosi, dan kemas kini tentang servis kami (jika anda bersetuju).
  • Memastikan pengalaman melayari laman web lebih baik dan selamat.

4. Perkongsian Maklumat
Kami tidak akan menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali untuk:

  • Pihak kurier bagi tujuan penghantaran.
  • Pihak yang diwajibkan oleh undang-undang atau arahan kerajaan.

5. Keselamatan Maklumat
Kami menggunakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi maklumat anda daripada akses, penggunaan, atau pendedahan yang tidak dibenarkan.

6. Hak Anda
Anda berhak untuk:

  • Meminta salinan maklumat peribadi yang kami simpan.
  • Meminta pembetulan atau pemadaman maklumat peribadi.
  • Menolak penggunaan maklumat untuk tujuan pemasaran.

7. Cookies & Teknologi Serupa
Laman web kami menggunakan cookies untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan analisis trafik. Anda boleh menyahaktifkan cookies melalui tetapan pelayar, namun sesetengah fungsi laman mungkin terjejas.

8. Perubahan Polisi Privasi
Polisi ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Tarikh kemaskini terakhir akan dipaparkan di laman web.

9. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang polisi privasi ini, sila hubungi kami di button di bawah:

Tarikh Kemas Kini: 2025